top of page
  • Dato Halimah Said, PCORE

Doa & Visi Tunku Abdul Rahman Untuk Malaysia

Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah

Yang Bhg Tan Sri Yussof Latiff

Yang Bhg Datuk Azemi Abd Aziz

Pengerusi & Ahli Panel

Para hadirin yang saya hormati sekelian

Salam Sejahtera dan Selamat Pagi

MUKADIMAH

Memang banyak telah diperkatakan tentang Tunku Abdul Rahman oleh barisan penulis, tokoh politik dan sejarah, para akademik. Malah rakyat biasa pun ramai memberi pandangan di pelbagai forum dan penerbitan. Tulisan Tunku Abdul Rahman sendiri semasa beliau menjadi kolumnis THE STAR telah dibukukan, ratusan teks ucapan beliau semasa menjadi Perdana Menteri selama 14 tahun dan sebelum itu sebagai pejuang kemerdekaan, sudah tentu tersusun dalam Arkib Negara.

Saya telah memikirkan apa lagi yang boleh saya tambah kepada khazanah maklumat dan perspektif tentang Bapa Merdeka yang dianggap relevan dalam diskusi hari ini.

I’ve agonized over this as I’m no historian, politician or academician. How do I contribute in some small way to the discourse on a towering national figure?

Saya tetap memberanikan diri dan tidak menolak jemputan Tan Sri Yussof Latiff. Terima kasih Tan Sri Yussof memberi saya peluang sebagai Anak Malaysia untuk menyampaikan sepatah dua tentang Bapa Merdeka.

Persembahan saya tertumpu kepada 3 aspek visi Tunku Abdul Rahman mengenai perpaduan atau uniti, iaitu:

1. Uniti sistem pendidikan, khususnya pendidikan bahasa

2. Perpaduan etnik

3. Uniti politik

Pada saya ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan dan mempunyai pengaruh antara satu sama lain.

1. Uniti Sistem Pendidikan

Tunku tidak serik menyarankan kesatuan falsafah dan dasar pendidikan sebagai kubu teguh perpaduan negara.

The education policy is one of the pillars which supports our national unity, and that pillar must be strong enough to withstand adverse criticism and other political storms

Tunku tidak penat menegaskan betapa pentingnya sistem pendidikan negara berlandaskan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan untuk melambangkan identiti nasional dan memupuk kesetiaan dan patriotisme kepada Negara, dan di sampingnya Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu pada tahap (antarabangsa) yang lebih tinggi. Dengan kata lain, Tunku menyokong sistem pendidikan dwibahasa di mana kedua-dua bahasa berkembang selari dalam pembangunan Negara dan saling memperkukuhkan ilmu, kognisi dan komunikasi rakyat Malaysia.

Sebagai ahli bidang bahasa dan linguistik sepanjang karier saya mengajar di sekolah menengah selama 7 tahun dan di universiti selama 25 tahun, saya menyokong tanpa prejudis visi ini. Pengalaman peribadi saya mengesahkan betapa penting kita menguasai kedua-dua bahasa ini. Sebagai orang Melayu yang lazim menggunakan bahasa ibunda pada tahap kolokial dan harian, penguasaan saya amat terhad pada suatu masa dulu. Pendidikan dan pengalaman saya dalam bahasa, linguistik dan kesusasteraan Inggeris membina kefasihan yang agak tinggi dalam “bahasa penjajah”. Mungkin ini dipandang serong oleh nasionalis bahasa tetapi saya sentiasa berusaha menguasai Bahasa Melayu standard pada tahap yang lebih formal. Setiap hari saya membaca UTUSAN MALAYSIA dan menonton TV1 untuk mendalami sistem leksikal, sintaksis, morfologi, fonologi, semantik dan pragmatik BM untuk membolehkan saya mengajar bidang linguistik dan penterjemahan di Universiti Malaya. Alhamdulillah usaha ini berbuah – lebat juga buahnya.

Visi Bapa Merdeka untuk melahir dan membesarkan anak Malaysia yang cekap dalam dua bahasa, Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris, merupakan visi lestari yang berterusan hingga ke hari ini.

Menurut Tunku dalam Viewpoints (1978) The Case For English And Malay:

Every citizen of this country should take pride in the Malay language and make a special effort to excel in it, not just to speak Bahasa (Melayu) but to read and write in it. A nation without a language is a nation without a spirit and a soul. If we can take pride in being Malaysians, then we must take pride in our national language. Otherwise all this profession of loyalty is but empty talk.

Tambah beliau:

But there must still be English, the language that will give them the education they need. In taking it up, Malays do not start from a position of disadvantage, for others have also to learn it, learn what is equally foreign to them…English can be a point of understanding and goodwill between the races giving them opportunities to make the best use of their brains.

Sukacita dinyatakan bahawa Persatuan PCORE memegang teguh pendirian ini dalam usaha membina perpaduan di kalangan pelajar berbilang kaum dari Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil dan menyatukan mereka menerusi aktiviti ko-kurikular di luar jadual pengajaran. Kem ini dinamakan Kem Jalinan Bahasa Inggeris JABI dan dalam Bahasa Inggeris, English in Harmony EIH Camp di mana pelajar sekolah rendah dari 3 aliran ditemukan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Yang jelas dilihat ialah, tidak kira di sekolah bandar atau luar bandar, Guru Besar, guru dan pelajar semuanya bersatupadu menyambut program kami dan cuba bersungguh-sungguh untuk menjayakannya.

PCORE yakin jika program ko-kurikular serupa ini dianjurkan antara Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan di merata daerah dan negeri, ia akan menjalinkan uniti dan perpaduan etnik dalam sistem pendidikan negara dari sekolah rendah lagi. Pelbagai aktivi ko-kurikular lain boleh juga menggunakan kedua-dua bahasa pengantar.

Bahasa Inggeris dilihat sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang tidak memihak kepada mana–mana komuniti dari segi pandangan dunia (world view) dan sosio-budaya. Ia neutral dan tidak mengandungi makna-makna sampingan (nuances) atau metafora bahasa tempatan yang kadangkala diguna secara kurang baik seperti mengejek, menyindir dan sebagainya.

While leaders in the past and today are quick to mouth their vision for national unity and ethnic integration at political forums and rallies, these ideals must be manifested in pragmatic ways through actionable practices on the ground. We can talk about the importance of peace and harmony, integration and unity “till the cows come home” or as the Malays say “sampai berbuih mulut” but what are we doing about it? What concrete programmes do we have for the rakyat at various levels, in order for them to contribute towards making this national vision a reality?

Pada tahap atasan Kementerian Pelajaran, Pejabat Pendidikan dan mereka yang menggubal dasar pendidikan bahasa, keluhan yang sering didengar ialah ketidaksediaan golongan guru dan pelajar untuk menguasai BI kerana pendidikan, latihan, pengalaman, persekitaran yang serba kurang.

Tiga soalan utama yang harus dijawab ialah:

  • Jika selepas 60 tahun merdeka kita belum sedia, bila lagi?

  • Jika Malaysia sekarang menuju kea arah 2050 untuk menjadi antara 20 negara yang paling maju di dunia, mengapa tidak yakin melengkapkan sistem pendidikan dwibahasa dengan infrastruktur dan pengisian yang cemerlang pada jangka pendek dan jangka panjang?

  • Mengapa sesetengah pihak sering melagakan dua bahasa ini seolah-olah mereka tidak boleh berkembang selari, memperkayakan antara satu sama lain dan seterusnya memperkasakan pengguna dwi bahasa?

  • Jika isu-isu ini ditangani dengan ikhlas, dengan efektif dan efisien, barulah visi Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin selepasnya mengenai kesatuan pendidikan bahasa menjadi nyata.

Kata Tunku:

I called for an all out effort to make Bahasa Jiwa Bangsa into a slogan which was printed on posters and pasted on walls all over the country. Surely this indicated my intention to give the incentive to all to learn Malay and prove their loyalty to this country.

At the same time I advocated that English should be made, for a long time, the language for higher studies. This was appreciated by many people, except by those with the fox and sour grapes or the dog in the manger attitude.

Kita harus bertindak semoga doa’ dan visi Bapa Merdeka akan dimakbulkan ke arah TN50.

2. Perpaduan Etnik

Dalam era perkembangan politik Tanah Melayu sebelum Merdeka yang membawa kepada pencapaian kermedekaan secara aman, jelas dilihat prinsip dan perwatakan Tunku Abdul Rahman mementingkan perpaduan etnik dapat mengekalkan keamanan dalam negeri. Tidak boleh dinafikan perjalanan ini bukan semuanya licin, tetapi yang penting Tunku Abdul Rahman dapat menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum untuk bersemuka dengan penjajah Inggeris menuntut hak kebebasan mereka secara adil dan saksama.

Saya yakin ini tercapai menerusi diplomasi pada tahap yang tertinggi dan cemerlang between the Malay and English gentlemen politicians and administrators of that era. Tunku was indeed the perfect old-world Malay gentleman, seorang “budiman terluhur yang berhemah tinggi” who married his gentle Malay ways with genteel English manners. This is something that needs to be revived these days through the bilingual education I spoke of earlier.

Tidak boleh dinafikan di negara ini parti politik berasaskan etnik seperti UMNO, MCA dan MIC wujud dan mendapat sokongan kerana manifesto mereka memelihara kepentingan politik, memaju dan memperbaiki kaum masing-masing. Di sini, saya tidak akan membincangkan kebaikan atau keburukan hakikat ini, tetapi ingin mengakui ianya wujud dan masih dianggap relevan hingga hari ini. Usaha untuk menubuhkan parti politik berbilang kaum yang benar-benar melambangkan masyarakat majmuk terbuntu atau tidak mendapat sambutan yang ikhlas.

Sumbangan Tunku Abdul Rahman dan rakan seperjuangannya yang bijak dalam usaha meyakinkan penjajah British bahawa rakyat Tanah Melayu bersepakat untuk meraih kemerdekaan, ialah penubuhan barisan politik 3-penjuru iaitu Parti Perikatan.

In fact, the Alliance Party with its logo of a sailing boat became the vessel which contained all the key political issues, needs and requirements of the 3 major ethnic groups, Malays, Chinese and Indians, and the vehicle through which the interethnic negotiations took place.

Pemimpin UMNO, MCA dan MIC telah berunding dan akhirnya keputusan telah dicapai untuk menubuhkan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC untuk menghadapi pilihan raya umum Tanah Melayu dengan tujuan menduduki Majlis Undangan Persekutuan. Pada pilihan raya ini, tiga parti terbesar yang mewakili kaum Melayu, Cina dan India telah bersepakat untuk bergabung. Sikap toleransi dan bertolak ansur parti terbesar UMNO dan kaum Melayu terhadap MCA dan kaum Cina serta MIC dan kaum India menjadi asas perpaduan politik yang mempunyai pengaruh atas perpaduan etnik. Kerjasama antara kaum dan manifesto perkongsian bijak Parti Perikatan meyakinkan rakyat bahawa ini merupakan usaha terbaik untuk mempercepatkan kemerdekaan.

Kemenangan besar Parti Perikatan di pilihan raya umum Tanah Melayu pada tahun 1955 meyakinkan penjajah British bahawa rakyat sudah sedia menangani “self-government”. Ini mengesahkan bahawa suatu kerajaan perikatan boleh mengambilalih tugas memerintah daripada kerajaan British selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Model Parti Perikatan diperluaskan dengan Penubuhan Barisan Nasional, parti komponen pelbagai kaum yang diwujudkan pada tahun 1974 (Barisan Nasional terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, PAS, Parti Progresif Rakyat (PPP), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Pesaka Bumiputra, dan United Sabah National Organisation (USNO). Ia merupakan buah fikiran Perdana Menteri Malaysia yang kedua, iaitu Tun Abdul Razak Hussein, bagi mengurangkan permainan politik (politicking) dan politik perkauman agar segala usaha dan tindakan ditumpukan untuk menggembeling tenaga ke arah perpaduan dan pembangunan nasional. Barisan Nasional merupakan parti yang mendapat mandat daripada rakyat Malaysia untuk menjalankan pemerintahan hingga hari ini.

Saya percaya bahawa, selain strategi politik yang bijak, perwatakan dan cara berkomunikasi pemimpin-pemimpin masa dulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Sambanthan, Tun Tan Siew Sin dan Tun Razak menyumbang kepada kejayaan usaha mereka menjalin kerjasama untuk menghadapi kontroversi atau menyelesaikan masalah, samaada sama sendiri atau dengan pihak luar.

Perhaps the language of old-world diplomacy was less charged that it is today and our early leaders exercised a higher level of decorum and etiquette in communication. Of course, the media was also less widespread and provocative in reporting and analysing these matters.

I’m often asked by the younger generation who keep hearing about the good old days, and who want to know whether times was really that good. Just a couple of months ago, my 18 year old grandson Omar who was doing his holiday research for a 6th Form history paper on ethnic relations in Malaysia asked me pointedly “Is there someone from your generation who will admit that ethnic relations did not lie on a bed of roses even in those early days?”. Without hesitating I said “Me, Omar!”

Pada ingatan saya, hubungan antara kaum sama sahaja seperti sekarang di mana kita mengutamakan kehidupan dalam keluarga dan komuniti kita sendiri. Kita diasingkan oleh agama dan sosio-budaya serta tahap pendidikan dan ekonomi seperti sekarang. Yang menyatupadukan masyarakat majmuk dan melicinkan hubungan antara kumpulan etnik ialah sistem persekolahan Bahasa Inggeris. Juga, jurang perbezaan masa dulu tidak seluas masa sekarang.

3. Uniti Politik

Pada hari bersejarah 31 Ogos 1957, semasa Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka saya berusia 11 tahun dan tidak mempunyai peringatan langsung tentangnya dan peristiwa-peristiwa sebelumnya. Peringatan saya tentang politik hanya dicelikkan semasa bapa saya bertanding sebagai calon Parti Perikatan-UMNO di kampung Linggi pada pilihanraya pertama selepas Merdeka pada tahun 1959 dan selepas itu dilantik Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pilihan raya pertama selepas Merdeka tajam dalam ingatan saya kerana kesibukan bapa saya menyiapkan jentera pilihanraya kawasan kecil Linggi, termasuk ibu saya dan saudaramara Linggi. Yang pertama diaturkan ialah kenderaan untuk menjemput orang kampung pergi-balik mengundi. Jelas dalam memori saya ialah sepanduk kapal layar Perikatan dan UMNO. Sebenarnya yang lebih jelas ialah simbol Perikatan, iaitu kapal layar yang membawa makna besar kepada pengundi.

Selepas itu, ingatan politik saya berkisar tentang nama-nama tokoh politik seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Sardon Zubir, Khir Johari – kenalan peribadi bapa saya, dan tokoh politik Negeri Sembilan seperti Idris Mat Sil, Samad Idris, Lim Kee Siong, Chen Mah Hin dan Mahinder Singh – yang selalu disebut dalam perbualan ibubapa saya. Ibu saya pula sibuk sebagai Ketua Kaum Ibu dan selalu bermesyuarat dengan personaliti Kaum Ibu seperti Khadijah Sidek dan Siti Rahmah. Pada masa itu isteri Menteri Besar secara otomatik dilantik sebagai Ketua Kaum Ibu Negeri. Kesibukan kaum ibu terbatas kepada menyiapkan perkara bukan politik seperti makan-minum kaum bapak UMNO.

Saya diberitahu sebagai Menteri Besar, Dr Said sentiasa meminta dan menterjemahkan nasihat mentor-mentor politik beliau di Kuala Lumpur supaya dasar dan jentera kerajaan Negeri selari dengan kerajaan Federal. Ini termasuk urusan dengan Raja-Raja Melayu.

Admittedly, I was not interested in politics at all and these personalities flitted momentarily across my eyes or in my mind, especially when they attended events at the Menteri Besar’s official residence 4 Lake Road Seremban.

What I do remember clearly is talk by family members about the “komplot” or conspiracies that existed among and between the Negeri Sembilan UMNO factions and their Minangkabau puak-puak. Dr Said being from a Bugis stronghold in the state was not popular from the start, but he had the support of Tunku Abdul Rahman and Tun Razak and managed to be reelected for a second term after the 1964 general election. The politicking and dissatisfaction of his political adversaries was to boil over again and come to a head at the beginning of 1969 when the state UMNO nomination list was being prepared. To cut the story short, Dr Said’s political detractors from several Minangkabau strongholds led a delegation to see the Prime Minister Tunku Abdul Rahman to ask for him to be dropped and subsequently removed as MB.

Yang saya ingin kongsi pada forum ini ialah surat daripada Tunku Abdul Rahman kepada Dr Said bertarikh 31 Mac 1969, dan daripada Dr Said kepada Tunku Abdul Rahman bertarikh 1 April 1969, di mana tertulis penjelasan dan sebab menyebab kontroversi perampasan kuasa berlaku dalam UMNO dan Kerajaan Perikatan Negeri Sembilan. Surat ringkas Tunku berbunyi:

… I should appoint you as a Cabinet Minister rather than allow you to stay in Negeri Sembilan as Menteri Besar. There seems to be a lot of opposition to you there, in particular from UMNO members, who said that you have not done work for the party. They insisted that there should be a change in the leadership in the Negeri Sembilan UMNO as Negeri is the only state in Malaysia where UMNO possesses no building of its own as its Headquarters.

If you agree to stand for Parliament, I shall only be too happy to appoint you as a Minister.

… dan surat balasan empat halaman Dr Said yang menolak tawaran Tunku Abdul Rahman dengan penjelasan panjang lebar dalam bahasa Inggeris yang halus.

I’m unable to express in words how sorry I am to have to decline your generous offer, but there was no other course open to me in view of the strong pressure from my constituents and the present MCA and MIC leadership to contest the Linggi state seat again…I would like to say that I dwell under a profound sense of gratitude to you and Tun Razak for having given me the opportunity to serve the people and the state of Negeri Sembilan in my capacity as Menteri Besar for the last ten years.

Pada saya, dengan hindsight, peristiwa ini amat relevan bagi menunjukkan kebangkitan puak-puak dalam UMNO yang lantang menyuarakan ketidakpuasan mereka dengan cara dan pilihan pemimpin atasan parti.

Ia juga menunjukkan pengaruh Tunku Abdul Rahman mula terhakis dengan wujudnya barisan extremis dalam parti UMNO yang tidak senang dengan cara mengendalikan politik dan memerintah kerajaan yang tulus dan saksama. Mereka enggan menerima cara yang berasaskan toleransi dan kompromi.

Uniti politik dalam UMNO dan di antara UMNO dengan MCA dan MIC dalam Parti Perikatan yang dipupuk oleh Tunku Abdul Rahman mula diancam oleh unsur-unsur extremis dalam setiap parti, lebih-lebih lagi dalam parti-parti pembakang.

Tarikh pergolakan politik di Negeri Sembilan dalam bulan-bulan sebelum pilihanraya umum 1969 signifikan kerana dengan keruntuhan uniti dalam UMNO dan Parti Perikatan, parti pembakang DAP di bawah kepimpinan Dr Chen Mah Hin, dapat meraih undi yang lebih banyak daripada pengundi-pengundi yang tidak puas hati.

Signifikan juga bahawa ini berlaku disekitar pergolakan politik yang besar di Kuala Lumpur, di mana pihak-pihak extremis dalam UMNO dan DAP merampas kuasa untuk bertindak kejam yang mengakibatkan peristiwa pertempuran etnik 13 Mei, suatu peristiwa hitam yang menandakan saat saat terakhir Bapa Merdeka terpaksa berundur diri kerana dituduh terlalu berkompromi dan menyebabkan kuasa UMNO dan hak orang Melayu terhakis.

Keruntuhan model politik yang berkrompomi dan bertolak ansur ini sering terancam oleh pemimpin dan ahli politik extremis, dan ini mempunyai akibat buruk terhadap harmoni dan integrasi etnik dalam negara. Adalah menjadi tanggungjawab rakyat biasa yang megah sebagai Anak Malaysia untuk mengembalikan dan membina semula semangat perpaduan dan muhibbah yang dipamerkan dalam perwatakan dan pendirian politik serta strategi Alahyarham Tunku Abdul Rahman dan barisan pemimpin awalan.

Dalam dunia hari ini, masyarakat sivil mempunyai pengaruh besar dan boleh berfungsi sebagai barisan alternatif kepada barisan politik negara.

Dato’ Halimah Mohd Said

Presiden

Persatuan Suara Keamanan, Hati Nurani dan Kebolehan Menaakul

4 November 2017

RECENT POSTS

FEATURED POSTS

bottom of page