• Astro Awani

Pelaksanaan dua guru dalam satu kelas perlu perancangan rapi

CYBERJAYA: Pelaksanaan dua guru dalam satu kelas memerlukan perancangan rapi selain bergantung kepada kemampuan kerajaan kerana ia akan meningkatkan bilangan guru sedia ada dan perbelanjaan besar, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon. Beliau berkata, pelaksanaan dua guru dalam satu kelas merupakan cadangan yang baik dan ia sudah dilaksanakan di negara-negara maju di mana seorang lagi guru berperanan sebagai pembantu. "Namun, realitinya Malaysia masih dalam usaha untuk memenuhi permintaan guru di sekolah terlebih dulu sebelum negara mencapai tahap negara maju di mana ada dua orang guru boleh ditempatkan dalam satu kelas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Sijil Kemahiran Bahasa Inggeris kepada 15 pelajar cacat pendengaran dari Zhengzhou Institute of Technology, China di Limkokwing University of Creative Technology di sini hari ini. Chong berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan sebuah akhbar hari ini mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin bahawa Kementerian Pendidikan sedia mempertimbang pelaksanaan dua guru dalam satu kelas.

Pelaksanaan ini adalah selaras keperluan pedagogi atau proses pengajaran berikutan arahan pemansuhan pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid menjelang 2019. Jelas Chong, pada masa ini terdapat lebih kurang lima juta pelajar di Malaysia dengan 450,000 orang guru. "Jika dua guru dalam satu kelas dilaksanakan, jumlah guru akan menjadi satu juta dan ini akan memakan belanja yang sangat besar. Jangan terlalu mengejar untuk mengikut negara maju tapi sebenarnya belum mampu lagi," tambah beliau. Jelas Chong, Malaysia perlu memberi keutamaan untuk memenuhi keperluan guru di sekolah kurang murid sebelum melaksanakan konsep dua guru dalam satu kelas. Sebagai contoh, katanya, jika sebuah sekolah kurang murid mempunyai enam orang murid iaitu satu bagi setiap darjah dari Tahun Satu hingga Tahun Enam, maka enam orang guru diperlukan. Jika dicampur seorang guru besar dan seorang guru penolong kanan, maka sebuah sekolah kurang murid memerlukan lapan orang guru kesemuanya biarpun hanya mempunyai enam murid. Mengenai pelaksanaan menempatkan pembantu guru di sekolah, Chong berkata, setakat ini hanya projek perintis dilaksanakan. Kalau ada bajet baru, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan ia secara sepenuhnya, jelasnya.

Astro Awani

RECENT POSTS

FEATURED POSTS

ABOUT PAGE Malaysia

Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (1266-10-WKL)

PAGE is an educational lobbyist that serves as a channel between concerned parents, the Ministry of Education and other educational stakeholders. With PAGE, parents have a platform to voice their opinion and feedback on educational issues collectively as a bigger voice.

 

PAGE endeavors to champion progressive education for children in the country backed by organised membership consisting of parents with children who share common objectives. We are optimistic that Malaysia will be able to produce more first world talents.

 

Our main pursuit is focused within the education policies, system, programmes and implementation effecting the national schools.

PAGE is a fully registered national society in Malaysia

BE A PAGE PARENT MEMBER

PAGE will  champion the cause of Malaysian parents on issues related to the educational system of Malaysia.

 

We strive to ensure that the voices and opinion of Malaysian parents are heard and considered by the policy makers.

It is  the time to gather support, increase numbers and unite under this umbrella for a common cause. 

 

Join as a member of PAGE to help convey the message.

Do complete the “PAGE Membership Application Form”  

For Our Children
Demi Anak Kita
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now